
Sulit
4 tahun
Apakah Kesan ubat tibi memudaratkan atau lebih baik
Saya 31y,f,surirumah.saya dijangkiti kuman tibi kelenjar yang tiada simptom.kuman tibi dikesan melalui sample fnac dileher.saya tiada batuk,demam,kahak tiada.saya on ubat tibi 1bulan.sejak seminggu kebelakangan ini sendi sakit menyukarkan pergerakan duduk bangun.sakit sendi di lutut,pergelangan tangan,jari,buku lali,leher,bahu dan bahagian badan yang berlipat.
Adakah sakit ini adalah kesan ubat tibi dan perlukah saya merujuk kepada pihak hospital?
Ada saranan atau cadangan makanan/aktiviti untuk mengurangkan sakit/kesukaran bergerak ini?
Terimakasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang kesan ubat tibi. Untuk makluman anda, sesetengah pesakit tidak mengalami apa-apa kesan sampingan yang teruk sepanjang rawatan tibi. Bagaimanapun, kesan sampingan yang boleh berlaku adalah seperti:
- sakit sendi
- ruam
- sakit atau rasa menyucuk-nyucuk di jari tangan atau kaki
- sakit perut, loya dan muntah yang teruk
- perubahan dalam penglihatan seperti kabur
- demam
- kurang selera makan
- rasa pening dan berlarutan
Memandangkan anda mengalami sakit-sakit sendi, anda dinasihatkan untuk segera memaklumkan kepada doktor anda tentang hal ini. Untuk mengurangkan rasa sakit tersebut, anda boleh:
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih