Sulit
2 tahun
Keberkesanan pil postinor2
Hai doc. Saya berumur 29 tahun. Saya telah menggunakan postinor pada 24 jam selepas bersama suami. Namun pada hari ke 5 selepas memakan pil postinor,saya telah mengambil ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Adakah ubat tersebut akan menggangu keberkesanan ubat postinor dalam mencegah kehamilan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tiada bukti yang kukuh menunjukkan interaksi antara pil postinor dan ubat antibiotik ataupun ubat tahan sakit setakat ini. Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor sebelum mengambil beberapa jenis ubat sekaligus. Hal ini kerana, ubat yang berbeza bertindak balas terhadap ubat lain secara berbeza.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.