Sulit
2 tahun
Ubat utk ibu mengandung
Saya wanita 20an yg bakal berkahwin namun saya ada masalah dalam menelan ubat2 yang berbentuk pil. Sudah pelbagai jenis cara saya telah lakukan untuk biasakan diri tapi tetap gagal. Setahu saya ibu2 mrngandung perlu mengambil supplement2 tertentu namun saya bimbang jika saya tak boleh berbuat demikian. Ada ubat alternatif lain dalam bentuk cecair tak untuk ibu2 mengandung yang ada masalah telan pil?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi tertentu. Biasanya, wanita yang sedang hamil akan diberi supplement seperti ubat tambah darah dan juga folic acid sepanjang kehamilan mereka. Sekiranya anda mempunyai masalah dalam mengambil ubat-ubatan dalam bentuk pil, saya menyarankan agar anda berbincang dengan doktor anda mengenai ubat apakah yang terbaik untuk diambil oleh anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.