Sulit
2 tahun
Pengambilan morning after pill Postinor 2
saya wanita 20an. saya telah mengambil morning after pill iaitu postinor 2. selepas beberapa jam pengambilan pil pertama, saya dapati ada cecair coklat keluar dari kemaluan saya. ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. adakah perkara itu normal? atau tindak balas ubat tersebut? saya tidak rasa kesan sampingan yang lain. cuma saya berasa sedikit letih, kerap kencing dan keluar warna coklat tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, ubat Postinor boleh menyebabkan tompok dan pendarahan yang tidak dijangka. Perkara ini tidak selalu berlaku tetapi tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, ini tidak bererti bahawa anda tidak hamil. Cara menentunya adalah dengan ujian UPT yang negatif berserta haid yang seterusnya datang.
Sila ambil perhatian bahawa ubat ini mungkin boleh menyebabkan perubahan lain pada haid anda, seperti pendarahan yang lebih banyak atau lebih kurang, atau haid datang lebih awal atau lewat daripada biasa.
Jika anda mengalami sebarang gejala lain yang merisaukan, sila merujuk kepada doktor secepat mungkin. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.