Sulit
3 tahun
Pengambilan ubat sembelit dan pil cair kahak
Bolehkah pesakit COVID mengambil ubat sembelit dan pil cair kahak disebabkan mengalami batuk berkahak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sehingga waktu ini, tidak ada kajian yang menyatakan bahawa pesakit COVID tidak bleh mengambil ubat sembelit ataupun pil cair kahak. Namun, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.