Sulit
2 tahun
Sy berumur 51 , baru ni sy sakit telinga, sy ke h’tal &Dr. bg ubat amoxicillin, antibiotik, adakah ubat antibiotij ni blh makan utk demam jg
tanya pasal ubat saja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, jangkitan telinga boleh didapati dengan simtom demam. Dengan kata lain, demam merupakan simtom bukan spesifik yang menandakan jangkitan dalam mana-mana bahagian badan.Untuk persoalan anda berniat untuk menggunakan antibiotik yang sama berulang kali, saya menasihati anda untuk menghentikan tabiat ini kerana jangkitan dalam bahagian badan yang berlainan mungkin disebabkan oleh mikroorganisma yang lain.Sekiranya anda menggunakan ubat yang sama, terdapat dua kemungkinan yang mungkin berlaku.
Jangkitan ini berjaya dirawati tanpa mengetahui punca sebenar demam
Jangkitan ini tidak dapat dirawati dan anda mungkin mengalami masalah antibiotic resistance masa anda mendapat demam untuk kali seterusnya. Maksudnya ubat yang sama tidak berkesan untuk gejala demam pada masa depan. Kerana keupayaan bakteria superbug ini bermutasi menjadi lebih kuat menentang antibiotik.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mencari sebab demam dan mendapat pilihan antibiotik yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!