Sulit
2 tahun
Migrain dan darah tinggi
Saya seorang lelaki berumur 45tahun.menghidap darah tinggi dan mengambil ubat perindropil 8mg setiap hari. Dalam amsa yg sama saya juga mempunyai masalah migrain dan sering mengambil ubat caffox dengan pqnadol untuk kelegaan. Baru-baru ini saya terbaca yg pengambilan kedua2 ubat tersebut bersama adalah tidak digalakkan dan boleh menyebabkan maslah lebih serius. Benarkah perkara tersebut dan apakah ubat yg sesuai untuk menggantikan caffox?
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tiada bukti yang kukuh menunjukkan interaksi antara pil perindopril dan ubat caffox setakat ini. Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor sebelum mengambil beberapa jenis ubat sekaligus. Hal ini kerana, ubat yang berbeza bertindak balas terhadap ubat lain secara berbeza.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.