Sulit
2 tahun
Kesan ubat predniselone 5mg
hai doc, saya sekarang ada ambil ubat predniselone 5mg 12 biji x1 makan pagi dan malam untuk 2 minggu pengambilan. saya dah ambil ubat ni dah 4 hari.
nak tanya, adakah normal kesan daripada pengambilan ubat predniselone 5mg paras gula dalam darah naik mendadak walaupun saya kurang ambil makanan bergula. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, prednisolone adalah sejenis corticosteroid. Ia digunakan untuk masalah keradangan atau alahan. Antara kesan sampingannya adalah peningkatan berat badan, hipersensitif, simptom kushingoid serta osteoporosis.
Namun begitu, kami menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.