Sulit
2 tahun
Pengambilan Viagra 50mg 2x sehari
Saya berumur 37 tahun dan tiada sebarang masalah kesihatan yang lain. Sy sudah mencuba viagra 50mg satu (1) biji sehari tetapi selepas satu (1) jam, saya hanya merasakan sedikit tindak balas (very minimum). Saya tidak mengalami sebarang side effect (seperti pening atau loya) selepas pengambilan 1 biji 50mg. Soalan saya, bolehkah saya mengambil 2 biji 50mg untuk tingkan kan tindak balas.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan pengambilan Viagra.Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, ubat yang dinyatakan oleh anda di dalam ruangan soalan mengandungi sildenafil sebagai bahan aktifnya. Penggunaannya juga perlu berdasarkan oleh preskripsi doktor dan ia tidak boleh digunakan sesuka hati tanpa pengawasan ataupun preskripsi doktor kerana kesan sampingannya seperti:
- Tekanan darah menurun sekiranya diambil bersama dengan ubat-ubatan lain
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Gangguan penglihatan ( visual disturbances )
- Loya
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah