Sulit

2 tahun

Tidak datang bulan selepas cucuk depo. Tarikh terakhir cucuk pada 30/9/2021. Bayak kesan-kesan sampingan yang saya hadapi. Mohon pencerahan dari pihak doktor

Saya wanita 28 tahun mengalami masalah tidak datang bulan selapas cucuk depo pada 30/9/21. Pada March 2022 dah masuk 6 bulan saya tidak datang bulan. Dan sudah beberapa kali buat ujian kehamilan tapi keputusannya negatif. Adakah masalah seperti ini normal? Saya juga mengalami banyak kesan sampingan selepas cucuk depo. Antaranya sakit bahagian pinggang, mual dan rasa sakit kepala yang berpanjangan. Mohon pendapat dan nsihat daripada doktor.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mengalami kesan sampingan dan haid anda tidak datang selepas mengambil cucuk depo. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, cucuk depo (Depo-Provera) merupakan suntikan hormon progestin yang digunakan untuk ubat kawalan kehamilan (ubat perancan keluarga). Hormon ini hampir sama dengan hormone progesterone dalam badan anda.

Suntikan hormon progestin akan manghantar isyarat kepada badan anda dan menyebabkan paras hormon dalam badan anda kekal rendah. Ovari anda akan berhenti menghasilkan ovum setiap bulan. Dinding rahim tidak akan menebal akibat ini, dan seterusnya tidak akan dikeluarkan. Inilah sebab haid anda berhenti. Menurutkan kajian, kebanyakan wanita yang menjalani suntikan depo akan berhenti haid selepas satu tahun atau lebih awal dengan terapi berterusan.

Manfaat suntikan depo adalah:

  • Tidak perlu mengambil ubat perancang keluarga setiap hari
  • Tidak perlu mengambil ubat perancang yang mempunyai hormon estrogen (sesetengah orang mempunyai risiko kesihatan)
  • Tidak perlu menggangu masa bersetubuh untuk memakai kondom untuk kontraseptif
  • Mengurangkan senggugut dan sakit
  • Mengurangkan aliran darah haid, dan dalam beberapa kes menghentikan haid
  • Mengurangkan risiko kanser endometrium

Terdapat beberapa kesan sampingan yang berkaitan dengan pengambilan suntikan depo ini:

  • Sakit perut
  • Kembung perut
  • Kemurungan
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Haid tidak teratur dan pendarahan
  • Rasa gugup
  • Kelemahan dan keletihan
  • Pertambahan berat badan

Walau bagaimanapun, saya memahami bahawa kesan sampingan yang anda mengalami mungkin beri kesan kepada aktiviti harian anda. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan berbincang tentang situasi anda dengan tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_272601132 AdobeStock_255923743

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)