Sulit
2 tahun
Waktu Ubat darah tinggi
Saya nak tanya, selama ni saya makan ubat Amlodipine 5mg setiap malam tapi dr naikkan dos ke 10mg hari ini dan harus dimakan pada setiap pagi. Jadi, wajarkah saya skip makan ubat Amlodipine ni untuk malam ini dan sambung makan pada esuk pagi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, berkenaan terlupa makan ubat darah tinggi, anda perlu mengambil ubat amlodipine 10mg secepat mungkin jika ia kurang dari 24 jam. Jika terlupa untuk ambil lebih dari sehari, anda boleh teruskan mengambil dos hari ini, tidak perlu ambil dua dos. Disarankan tidak mengambil dua dos sekaligus. Kebimbangan utama dengan pengambilan ubat darah tinggi pada waktu yang tidak sesuai dengan yang dijadualkan adalah kekurangan keberkesanannya dalam merawat masalah tekanan darah tinggi.
Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.