Sulit
2 tahun
Apa beza ubat ganaton dan betaine hydrochloride
Saya 22 tahun ,telah mengalami gastrik sejak 2011 lagi dan dapat gerd pd tahun lps ,pada awlnya saya mendapati bahawa gastrik ini terlebih acid dan doc memberikan antacid utk kurngkan ph perut,semakin lama saya membuat research saya di dedahkan dengan keadaan manusia ketika kekurangan acid dn sy telah berjumpa beberapa doctor yg lain dri sudut pandang mereka ada yg kata kurang acid ada yang kata terlebih acid jdi sy terima pendapat yg mengatakan kurng acid dan terasa pedih disebabkan inflammation di perut .Kedua doctor memberi saya ganaton utk memudahkan makanan dicerana persoalannya apa beza ganaton dan betaine hydrochloride adakah sama keduanya? Adakah betaine hydrochloride mmpu untuk menambah acid dlm jangka yng panjang kirannya lps makan ubat ni pada suatu masa berhenti acid perut masih sama dan tidak perlu lagi berganting pd ubat begitu juga pada ganaton ataupun kedua2 ubat ini hanyalah sementara sahaja kesannya? Dan iannya bukan penyelesaian hanya sementara.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Ganaton digunakan untuk rawat gejala gastrousus bagi fungsian, dispepsia bukan ulser (gastritis kronik) iaitu, rasa kembung perut, kenyang awal, sakit atau ketidakselesaan bahagian atas perut, pedih ulu hati, loya dan muntah. Betaine hydrochloride pula sebelum ini boleh didapati sebagai ubat tanpa preskripsi untuk meningkatkan asid perut pada orang yang mempunyai asid perut rendah.
Kedua-duanya adalah rawatan simptomatik dan bukan penyelesaian jangka panjang.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.