Sulit
2 tahun
Kesan sampingan ubat Olanzapine
Pada berberapa tahun lepas, saya telah diberi ubat yang bernama Olanzapine oleh doktor untuk merawat skizofrenia saya. Namun berberapa hari yang lepas doktor telah tukar kepada Risperidone kerana keberkesanan yang kurang. Namun saya masih lagi tertanya-tanya apakah kesan sampingan ubat Olanzapine. Apakah kesan sampingan ubat Olanzapine?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan Olazapine termasuk peningkatan berat badan, mulut kering, masalah pencernaan, masalah tidur dan keletihan.
Sesetengah kesan sampingan boleh menjadi serius. Jika anda mengalami mana-mana gejala ini atau yang disenaraikan dalam bahagian AMARAN PENTING, hubungi doktor anda dengan segera atau dapatkan rawatan perubatan kecemasan:
- Pergerakan badan yang luar biasa
- Rasa kurang sedar, demam, berpeluh dan kekejangan otot
- Degupan jantung yang laju dan rasa berdebar-debar
- Kekuningan mata atau kulit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.