Sulit
2 tahun
Kesan sampingan ubat Sertraline
Baru-baru ini, doktor telah memberikan saya ubat yang bernama Sertraline untuk merawat panic disorder saya. Saya tertanya-tanya apakah kesan-kesan sampingan ubat Sertraline ini. Apakah kesan-kesan sampingan ubat Sertraline?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang kesan sampingan ubat Sertraline.
Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan ubat Sertraline adalah banyak dalam sistem-sistem badan kita. Berikut adalah kesan sampingan yang umum berlaku.
Gejala umum : sakit atau pening kepala, sukar tidur, rasa mengantuk, perubahan selera makan
Sistem pencernaan : Rasa loya, muntah, cirit-birit, sembelit
Sistem kardiovaskular: Disritmia jantung akan menyebabkan perubahan dalam keputusan ECG anda, sakit dada
Sesetengah kesan sampingan boleh menjadi serius. Jika anda mengalami mana-mana gejala ini atau yang disenaraikan dalam bahagian AMARAN PENTING, hubungi doktor anda dengan segera atau dapatkan rawatan perubatan kecemasan:
- Pendarahan yang luar biasa seperti pendarahan perut
- Pemikiran dan tingkah laku membunuh diri
- Gejala alahan kepada ubat
- Serotonin syndrome or neuroleptic malignant syndrome (NMS), tolong berjumpa dengan doktor jika didapati gejala seperti Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan atau lemah, Sawan serta rasa kurang sedar diri
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.