
Sulit
3 tahun
Asyik sakit perut lepas makan
saya perempuan umur 20 , saya mengalami sakit perut lepas makan . dan cirit birit kadang" . dan menyebabkan tangan saya bergetar bila belum buang air besar

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut setelah makan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab masalah ini boleh berlaku. Antaranya ialah:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
- keracunan makanan
Untuk masalah cirit-birit yang anda alami, ia mungkin merupakan gejala sampingan daripada masalah sakit perut anda yang boleh disebabkan oleh perkara-perkara di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.