Sulit
2 tahun
Sakit perut terlampau
Hai,sy perempuan umur 17
Sy mengalami sakit di perut bahagian kiri bawah yang sangat teruk,sangat sakit
Seolah dicucuk
Sakit ini tak hilang
Apabila berbaring,sy akan berasa sangat sakit
Tidak ada rasa untuk ke tandas
Cuma sakit ini terasa seperti menikam bahagian perut belah kiri bawah saya…
Tq doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mengalami masalah sakit perut bahagian kiri bawah. Antara adalah sebab kemungkinan masalah anda, mungkin disertai dengan simtom-simtom seperti yang disenaraikan, dicadangkan bahawa anda menjalani pemeriksaan secepat mungkin sekiranya masalah ini berlanjutan.
- Endometriosis
- Tumbuhan dalam bahagian ovari seperti Cyst ovari
- Tumbuhan dalam bahagian rahim seperti Fibroid rahim
- Kehamilan ektopik
- Penyakit radang pelvis
Terdapat juga kemungkinan sebab bukan sakit puan seperti
- Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing
- Batu karang
- ''Bowel obstruction”/usus tersumbat
- Sakit otot
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.