Sulit
2 tahun
Perut terasa pedih dan badan letih
saya remaja berusia 18 tahun sering mengalami sakit perut seperti perut yang terasa pedih setiap malam sebelum tidur… pada waktu pagi pula , badan saya akan berasa letih dan berat diikuti dengan rasa mual yang teruk walaupun saya sudah mendapat tidur yang mencukupi… jantung saya juga berdegup laju akibat daripada rasa mual yang terlampau teruk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Rutin makan yang kurang sihat
- Alergi atau alahan makanan
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Bowel obstruction/ Usus tersumbat
- Diverticulitis
- Keradangan appendiks
- Penyakit radang pelvis
- Jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.