Sulit
2 tahun
Sakit perut bawah pusat,mual , cirit biritt perut membesar
Sakit dari kawan perempuan,dia beberapa hari sakit perut bawah pusat,mual,cirit birit,perut membesar kalau masa makan lagi sakit. Start sakit 13/06/2022 smpai sekarang tidak sembuh2.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca kepada sakit perut bagi wanita seperti:
- Sembelit
- Masalah ovari seperti ovulasi, ovari terbelit, sindrom pra-menstruasi
- Radang apendiks
- Penyakit radang usus
- Masalah pundi kencing seperti batu karang, jangkitan kuman
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.