Sulit
2 tahun
Masalah period, masalah cramp kat bawah perut kanan apabila tekan kurang berasa sakit dan apabila tunduk ada rasa sakit
Hi Dr, saya wanita berumur 24 tahun yang sudah berkahwin. Saya mengalami masalah lewat period 10 hari dari tarikh yang sepatutnya. Biasanya kitaran haid saya 28-30 hari tetapi kali ini agak lama sehingga 38 hari. Saya ada mengalami cramp di bahagian bawah kanan perut. Saya juga ada mengalami tanda-tanda awal sebelum period seperti lenguh di bahagian pinggang seperti biasanya berlaku sebelum period. Apakah kemungkinan punca benda ini boleh berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mengalami masalah sakit perut bawah dan haid lambat untuk bulan ini. Antara adalah sebab kemungkinan masalah anda, mungkin disertai dengan simtom-simtom seperti yang disenaraikan, dicadangkan bahawa anda menjalani pemeriksaan puan secepat mungkin sekiranya masalah ini berlanjutan.
Kehamilan - melangkau tempoh haid, pendarahan sedikit, kekejangan, rasa loya, kemuntahan, perubahan emosi, perubahan payudara, keinginan makanan, rasa lemah, cepat letih.
Endometriosis - sakit yang terlampau ketika haid, sakit ketika hubungan seksual, sakit ketika membuang air kecil atau air besar, pendarahan yang terlampau ketika haid, kemandulan, keletihan, perut kembung.
Sindrom pramenstruasi - keletihan, perubahan emosi, perut kembung, perubahan berat badan, jerawat, kesakitan payudara, perubahan tidur, perubahan makan.
“Cyst”ovari - perut kembung, sakit ketika hubungan seksual, sakit ketika pergerakan usus, sakit perut ketika haid, rasa loya, kemuntahan.
Fibroid rahim - pendarahan yang banyak ketika haid, tempoh haid lebih daripada seminggu, kerap kencing, sukar untuk mengosongkan pundi kencing, sembelit, perut kembung.
Kanser ovari - senak atau rasa loya yang berterusan, sakit ketika hubungan seksual, perubahan tabiat usus, pendarahan faraj terutamanya pendarahan selepas menopaus, sentiasa letih, turun berat badan yang tidak sengaja.
Kanser pangkal rahim - pendarahan yang tidak normal (seperti pendarahan antara haid, selepas seks, selepas ujian pelvis, atau selepas menopaus), discaj yang tidak normal dalam jumlah, warna, konsistensi, atau bau, kerap kencing, sakit ketika kencing.
Kehamilan ektopik - rasa loya and kemuntahan, sakit perut yang tajam, kelemahan, kepeningan, sakit tajam di bahu, demam.
Penyakit radang pelvis - discaj faraj yang terlampau dengan bau yang tidak menyenangkan, pendarahan yang tidak normal (seperti pendarahan semasa dan selepas seks, antara haid), demam dan menggigil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan