Sulit
2 tahun
Sakit perut di bahagian bawah seperti period
Saya berumur 17 tahun, saya ingin bertanya adakah normal perut saya akan sakit seperti nak period di bahagian bawah perut? Sakit itu bukan sekadar sakit di bahagian tengah bawah perut tpi kiri dan kanan jugak akan sakit . Saya dh tahan sakit nie selama 3 minggu lebih. Period saya lambat lgi tpi sakit seolah-olah nk period. Kadang-kadang sakit perut menyebabkan saya tak larat nk buat kerja harian saya. Boleh saya tahu ape punca nya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk masalah ayah kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.