Sulit
2 tahun
Kentut sangat busuk bila kentut dan banyak kentut
Saya wanita berumur 43 tahun dan bujang. Sejak beberapa hari lalu apabila saya kentut ia keluarkan bau busuk yang amat kuat dan kadangkala kentut banyak keluar sama juga apabila buang air besar tahi berbau busuk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk masalah ayah kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.