Sulit
2 tahun
Perut cramp tiba tiba
Semasa saya duduk di tandas secara tiba2 perut saya mengalami cramp yg sangat menyakit kan. Ianya reda bila saya berdiri namun bila kembali duduk atau tunduk cramp kembali. Apabila cramp perut sudah hilang saya masih rasa sakit di area cramp apabila batuk atau bersin.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, dengan kes covid yang semakin meningkat saya nasihatkan anda melakukan ujian covid untuk mengesahkan status covid terlebih dahulu. Hal ini kerana varian Covid terkini boleh hadir dengan gejala bukan spesifik seperti sakit perut dan cirit-birit.
Simtom sakit perut mungkin boleh boleh disalah anggap sebagai kejang perut. Antara sebab sakit perut wanita termasuk sebab sakit puan atau bukan sakit puan.
Sebab bukan sakit puan
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang sakit perut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya memantau lebih lanjut tentang keadaan kejang perut seperti bahagian perut secara tepat, kekerapan dan tahap teruk sakit kemudian rujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.