Sulit
2 tahun
Sakit perut gastrik(hampir setiap hari)
Saya pelajar perempuan berumur 16 tahun…sering mengalami sakit perut bergejala gastrik tetapi tidak muntah².
Saya sedar ini sering trjadi apabila sya berasa risau…atau takut akan sesuatu…adakah ini stress?saya terus akan sakit perut…jantung terasa laju…lemas sampai x boleh berdiri dan mual tetapi tidak muntah…kadang² cirit birit…bagaimanakah saya dapat mengelakkan gastrik ini daripada berlaku(dari segi tekanan?)atau perubatan…
Sehinggga sekarang,setiap hari saya merasakan perut kembung dan sakit dibahagian atas kanan perut dan mempunyai tekstur keras…saya juga merasakan perut di bahagian bawah kanan berangin dan seperti ada pergerakan dalam perut.apabila ditekan…akan merasa seperti ada angin…apakah penyelesaian yang sesuai untuk masalah saya…ini sangat mengganggu aktiviti harian saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Menurut penerangan anda, anda berasa risau tentang simtom kembung perut dan gejala lain yang seperti gastrik. Saya mencadangkan anda mencari punca secepat mungkin dengan menjalani pengimejan yang seperlunya.
Untuk pengetahuan anda, Gas adalah penyebab utama perut menjadi kembung dan sesetengah tabiat mungkin menyebabkan keadaan bertambah teruk seperti makan atau minum terlalu cepat, gula-gula getah, merokok dan memakai gigi palsu longgar. Penyebab lain termasuk pengambilan serat terlalu banyak atau kurang, stres, sebelum haid(PMS) dan kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan. Sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus. Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang simtom ini.Perut kembung
Penyakit yang boleh menyebabkan kembung perut
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Intoleransi makanan
- Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
- Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.