Sulit
2 tahun
Senggugut teruk sampai muntah-muntah , kejang dari pinggang hingga kaki , lemah dan tiada tenaga
Hi doktor , saya remaja berumur 16 tahun , saya dapat first period when i was 11 . Sejak 11 tahun , saya akan alami senggugut yang teruk , setiap kali senggugut akan rasa dekat bawah perut sakit sangat sangat , muntah muntah , kejang dari pinggang sampai kaki , takde tenaga , gigil satu badan dan tak boleh nak bangun langsung , mmg akan merengek je kadang kadang jugak period sy datang terlalu awal , ada yang 2 kali sebulan , saya ada makan paracetamol setiap kali dtg period tapi tak okay jugak , sampailah saya makan pontalon/ponstan , baru rasa tak sakit , sometimes makan ubat tu lambat pon dia akan rasa sakit jugak , mmg tak tahan dah sakit ni sbb dia tak pernah hilang dari saya umur 11 tahun , jadi doktor , adakah ini normal ? Atau kene buat further check up?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mengalami masalah senggugut sejak 5 tahun lepas.
Untuk pengetahuan anda, masalah senggugut mungkin normal atau disebabkan oleh sesetengah penyakit yang hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan sakit puan.Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang senggugut
Antara kemungkinan sebab senggugut.
- Penyakit endometriosis.
- Cyst Ovari dan tumor
- Fibroid rahim
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
- Rahim yang tidak normal struktur
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan mengurangkan kesakitan yang tepat dan mencari punca kesakitan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan