Sulit
2 tahun
Sakit dibahagian atas perut hingga ke tengah dada
Saya perempuan berusia 30tahun. Pada Jumaat lepas pukul 1pagi saya mengalami sakit dada dibahagian tengah, saya refer ke hospital dan mereka suspect serangan jantung pada awal nya. Kerana saya berpeluh dan sakit dibahagian tengah dada. Namun setelah membuat ECG, ujian darah & x-ray, keputusan menunjukkan jantung saya normal. sepanjang hari Jumaat tu saya kerap sendawa & kentut. Tetapi pada sabtu tersebut dalam pukul 3pagi saya mengalami sakit dibahagian atas perut dan dada rasa ketat. Saya paksa diri untuk muntah. Dari muntah yang keluar hanya angin, rasa pahit, lendir & air liur. Kemudian, sakit tu hilang, saya dapat tidur lena. Pada ahad pula dalam pukul 5petang saya berasa sakit lagi ditambah dengan heartburn. Saya telah pergi ke klinik diberi saya ubat gastric yang air kapur & esomeprazole. malam nya saya dapat tidur lena tetapi pada hari isnin & selasa saya masih terjaga dari tidur disebabkan sakit yang sama, lepas muntah baru okay. Perut memang kerap rase mcm penuh dengan angin & kadang-kadang seperti berdenyut disekitar perut. Namun saya dapat membuang air besar setiap hari, najis pun nampak normal tidak terlalu keras & tidak terlalu lembut, warna pun tak gelap cuma berbau yang lebih busuk berbanding sebelum ini. Saya juga tak boleh makan dengan banyak kerana cepat rasa senak. Dari hari jumaat sehingga sekarang saya masih makn bubur atau nasi dan sup. Saya nak tanya macam mana saya nak elakkan dari rasa sakit berulang diwaktu malam? tambahan saya juga kerap selsema, hidung tersumbat & batuk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan anda, anda mengalami kesakitan perut bahagian atas tengah dengan simtom-simtom lain dan doktor telah mengesahkan keadaan jantung yang normal melalui ujian-ujian. Untuk pengetahuan anda, terdapat sebab-sebab yang mungkin menyebabkan sakit perut yang kerap berlaku pada waktu malam, termasuk:
Gangguan pencernaan
Irritable Bowel Syndrome (IBS)
Ulser perut/ Gastritis
Pankreatitis
Masalah hati atau hempedu seperti keradangan hempedu, batu hempedu, kolangitis, dan kanser
Peritonitis adalah peradangan pada selaput yang melapisi rongga perut
Kanser perut
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada pakar gastroenterologi untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.