Sulit
2 tahun
Sakit pada perut sebelah kiri
Saya seorang wanita yang suda berkhawin umur 29 tahun…apabila saya menekan perut sebelah kiri saya merasakan sakit dan saya juga mengalami keputihan yang bewarna putih cair serta ada ketulan seperti beras dan apabila saya kencing saya merasakan perut bawah pusat sakit…saya juga merasakan mual-mual…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut belah kiri anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit kronik
- Angin
- Diverticulitis
- Senak perut
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.