Sulit
2 tahun
Sakit Perut, Kembang Perut Dan Masalah Angin
Saya berumur 21 tahun kerap alami sakit Dan senak perut hampir seminggu dan saya juga alami masalah angin, hingga menyebabkan saya berasa malu dengan rakan sekerja. Ini kerap terjadi selepas saya consume Maggi setiap hari sewaktu study… Boleh beritahu apa puncanya?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Minuman berkarbonat
- Tabiat makan (makan terlalu cepat, mengunyah gula-gula getah, menghisap gula-gula atau bercakap semasa mengunyah mengakibatkan menelan lebih banyak udara.)
- Penyakit usus kronik
- Radang perut atau usus
- GERD (Gastroesophageal reflux disease): Penyakit refluks gastroesophageal
- Pertumbuhan bakteria usus kecil yang berlebihan
- Intoleransi makanan
- Sembelit
Saya sarankan anda mencuba perkara-perkara ini untuk mengurangkan simptom-simptom yang anda alami:
- Kurangkan stress and cukupkan rehat
- Amalkan senaman yang seimbang: 15 hingga 30 minit sehari
- Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
- Betulkan posisi tidur.
- Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.