Sulit
2 tahun
Selalu mengalami masalah sakit perut
Doktor saya selalu mengalami sakit perut tetapi sekejap sakit sekejap tidak. saya tidak pernah skip makan pagi.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan sakit perut. Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa. Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain. Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa.
Sebab-sebab Sakit Abdomen
Sebab-sebab psychogenic
Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walau bagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui.Sebab-sebab functional
Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya:
- Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance)
- Senggugut (dysmenorrhoea)
- Sembelit
- Cirit-birit (diarrhea)
- Sebab-sebab organik
Sakit abdomen yang disebabkan oleh penyakit lain dalam badan. Contohnya :
- Penyakit radangan usus
- Penyakit ulser peptik – 50% adalah disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori
- Gumpalan cacing
- Penyakit keradangan pelvik (bagi kaum wanita)
- Ovarian cyst (sista ovari / ketulan pada ovari) (bagi kaum wanita)
- Jangkitan pada saluran kencing
- Kecederaan yang di alami pada bahagian abdomen, contohnya kemalangan
Sakit abdomen dapat dicegah melalui :
- Amalkan tabiat membuang air besar setiap hari bagi mengelakkan sembelit.
- Amalkan tabiat makan yang baik dan teratur.
- Elakkan pengambilan makanan berlebihan bagi menjauhkan ketidakselesaan perut.
- Makan dengan perlahan-lahan dan berhenti sekiranya sudah berasa kenyang.
- Elakkan mengunyah gula-gula getah dan air berkarbonat bagi mengurangkan menelan angin.
- Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan setiap kali memandu untuk mengelakkan berlakunya kecederaan pada bahagian abdomen
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi