
Sulit
4 tahun
Atas mata terasa tajam bila tutup mata dan berkedip dan telinga terasa tersumbat
Assalamualaikum dr, saya wanita berumur 20 tahun. Selepas saya bangun pagi tadi saya rasa telinga kiri saya tersumbat dan tak lama selepas tuh saya rasa tak selesa dengan atas mata kiri saya, bila saya tutup mata dan berkedip rasa tajam dan tak selesa. Saya cuba keluarkan air mata tapi still rasa tak selesa. Adakah mata kiri saya nih berkait dengan telinga kiri saya yang tersumbat?

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit mata. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab sakit mata, antaranya ialah:
Masalah benda asing atau alahan seperti habuk pada mata boleh menyebabkan mata rasa sakit bila tutup dan buka mata.
Conjunctivitis , yang dikenali sebagai mata merah atau mata pedih adalah jangkitan atau radang di lapisan luar bebola mata anda. Pembuluh darah yang menyelaputi lapisan luar bebola mata menjadi radang. Keadaan ini boleh berjangkit dengan mudah melalui sentuhan tangan. Antara penyebab berlakunya keadaan ini adalah jika anda terlalu lama berhadapan dengan skrin komputer dan menggosok mata berbanyak kali. Debunga, bahan kimia seperti cat atau klorin yang digunakan untuk pembersihan kolam renang boleh juga menyebabkan radang mata. Sentiasa mencuci tangan dengan air sabun untuk mengelakkan jangkitan ini daripada merebak.
Selain daripada itu, sakit mata juga boleh diakibatkan oleh glaukoma . Masalah ini boleh terjadi apabila berlakunya peningkatan pada tekanan dalam mata. Ini sekali gus akan menyebabkan ketidak selesaan dalam mata dan menyebabkan berlakunya sakit mata.
Di samping itu, sakit mata juga boleh datang kepada penggunaan kanta sentuh. Kanta sentuh amatlah sensitif dan harus digunakan dengan cara yang baik. Sekiranya berlaku sebarang jangkitan pada kornea akibat kanta sentuh tersebut maka ianya boleh menyebabkan sakit mata. Oleh itu, penggunaan kanta sentuh haruslah dengan teknik yang betul serta sentiasa mendapatkan pemeriksaan doktor jika ada sesuatu yang tidak kena apabila memakainya.
Sehubungan dengan itu, sakit mata juga boleh diundang berikutan sebarang trauma kepada bebola mata. Contohnya, jika bola terkena pada biji mata maka ia akan mengakibatkan pendarahan pada bahagian dalam mata justeru menyebabkan masalah sakit mata. Itulah sebabnya sesetengah orang menggunakan pakaian keselamatan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Sekiranya masalah anda mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang segera dan tepat. Sakit mata haruslah dirawat dengan segera kerana jika dibiarkan begitu sahaja maka jangkitannya akan bertambah serta membawa kepada masalah yang lebih serius.
Lihat di sini untuk penjagaan mata yang baik dan sihat!
Gejala telinga tersumbat yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gumpalan tahi telinga yang mengeras - akibat penggunaan pengorek telinga
- Bengkak laluan dalam telinga - akibat jangkitan kuman
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Kumpulan cecair dalam telinga (otitis media with effusion)
Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda .