
Sulit
4 tahun
Badan kurus kering sampai nampak tulang disebabkan cacing?
Salam doktor.umur saya 16 tahun tapi badan saya kurus macam takde isi dan nampak tulang…tinggi saya meningkat cuma badan je susah nak naik…apakah penyebanya doktor…sebab cacing ke sebab saya ada buat research kat google dan ramai yang kata orang kurus disebabkan cacing…betul ke doktor dan apa yang perlu saya buat.saya risau kerana memang dari dulu lagi saya kurus doktor…mohonn dokter jwb soalan saya ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kurang berat badan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Genetik (keturunan)
- Metabolisma tinggi
- Masalah penghadaman (seperti penyakit Coeliac)
- Masalah insulin (seperti diabetes jenis 1)
- Stress/tekanan emosi
- Penyakit tiroid (hiper-tiroid)
- jangkitan parasit
Pemakanan seimbang seharusnya diamalkan dengan mengandungi kesemua jenis nutrien seharian oleh badan. Perkara ini boleh dirujuk dengan lebih mendalam setelah punca-punca berat badan rendah telah diasingkan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.