
Sulit
3 tahun
Bila tido, kerap sangat keluar air liur basi
Saya wanita yg berusia 25 tahun, so bila tido selalu keluar air liur basi…sangat memalukan bagi saya. Apa penyebabnya dan apa solution utk masalah ni yer?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pengeluaran air liur semasa tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah ini. Antaranya:
- menukar posisi tidur dengan membenarkan graviti menarik air liur ke rongga tekak seperti tidur secara melentang
- meggunakan alat yang membantu untuk merapatkan bibir kerana tidur secara mulut ternganga akan menyebabkan air liur meleleh.
- mengambil ubat
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang kesan sampingan ubat ubatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.