
hairi_fly160
4 tahun
Boleh tak ambil ujian darah di klinik kesihatan saja?
Saya nak bertanya,jika mahu buat check untuk tahu sakit buah pinggang boleh kah saya pergi ke klinik kesihatan saja tanpa ke hospital untuk test saringan ujian darah dan air kencing? berapa lama keputusan ujian darah akan dpat ya doktor? dalam berapa minit ke kputusan akan dpt tahu ujian darah untuk buah pinggang ada msalah atau tidak jika ke klinik kesihatan untuk tahu resultnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Untuk makluman anda, pemeriksaan darah di klinik kesihatan untuk fungsi buah pinggang mempunyai indikasi sesuai ketentuan kementerian kesihatan Malaysia. Ia akan dilakukan sekiranya anda mempunyai tanda-tanda masalah buah pinggang.
Untuk maklumat tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.