
Anonymous
2 tahun
Cirit birit air kuning
saya berusia 27 tahun mengalami cirit birit hampir 16 jam. sehinga sekarang cirit sampai warna kuning dan cair/air. yang merisaukan saya sekiranya saya alami keracunan makanan adakah beri kesan kepada anak yg saya susui yg berusia 4 bulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, selain keracunan makanan, cirit birit juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti jangkitan virus atau radang usus. Anda boleh memberi kesan atau menjangkiti anak anak yang menyusu bukan melalui susu anda sendiri tetapi sekiranya anda tidak mencuci tangan dengan bersih selepas ke tandas da memegang dan menyusukan bayi anda, kuman tersebut boleh menjangkiti bayi anda.
Anda amat disarankan untuk mendapatkan rawatan bagi masalah cirit-birit yang anda alami. Pastikan anda minum air dengan secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi terutamanya bagi anda yang menyusukan bayi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.