
Sulit
4 tahun
Dada berdebar dan tangan menggigil
Sy wanita berumur 29 tahun, mempunyai anak 2 org. Sejak akhir2 ni mudah dada berdebar dan tangan menggigil. Badan rasa serba xkena. Apa punca dan cara untuk hilangkan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Keadaan atau penyakit yang dapat memberi gejala dada berdebar dan tangan menggigil termasuk:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- serangan panik
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- kekurangan rehat
- tanda-tanda gangguan tidur
Atau keadaan yang lebih serius akibat dari
- Gangguan organ jantung
- Gangguan paru-paru
- Gangguan organ tiroid
- Gangguan metabolisme atau homeostasis tubuh
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Sebelum membat apa-apa kesimpulan, adalah lebih baik kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda. Ini juga agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Antara pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu termasuk:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami PERCUMA secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Terima kasih.