
Anonymous
6 tahun
Darah Tinggi rendah tetapi masih sakit kepala pada waktu malam
Assalamualaikum Doktor, Saya berumur 27 tahun, haritu saya ada check dengan doktor, bacaan darah tinggi saya 147/93…bila saya check sendiri dirumah, bacaan darah saya rendah dalam 118/87…tapi malam2 saya ada pening sikit… kenapa bacaan di rumah lain dengan bacaan diklinik?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat sejenis tekanan darah tinggi yang dinamakan “White Coat Hypertension”. Darah tinggi jenis ini mendapat nama sedemikian kerana bacaan yang tinggi hanya dilihat apabila pemeriksaan dilakukan oleh doktor atau di hospital atau di mana-mana perkhidmatan kesihatan.
Mereka yang menghadapi keadaan ini tidak menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Bacaan yang tinggi ketika berjumpa doktor mungkin disebabkan oleh perasaan gemuruh, dan bacaan selalunya adalah normal apabila dilakukan sendiri di rumah.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut. Anda juga disarankan untuk merujuk kepada doktor sekiranya mempunyai sebarang simptom lain seperti bacaan tekanan darah yang terlalu rendah, terlalu tinggi, sesak nafas, sakit dada atau sakit kepala.
Terima kasih.