
Sulit
3 tahun
Gelap di bahagian celah kelengkang dan kawasan faraj
Saya wanita yang berusia 18 tahun, saya nak pelik enapa di celah kelengkang dan bahagian faraj berwarna gelap tetapi badan saya putih. Meskipun dah guna produk untuk putihkan, still tak boleh hilang. Dan lagi satu, saya ada masalah yang kekadang bila ingin buang air kecil. Selepas itu, dia rasa lagi nak buang tapi cuma menitis sikit je. Dan berasa sakit dibawah perut. Itu sahaja yg saya ingin tahu. Harap doc boleh beri penjelasan. Terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian perut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, kehitaman di bahagian lipatan kulit adalah normal. Anda perlu rajin melembapkan kulit dengan losyen dan minum banyak air supaya kulit anda tidak kering. Anda juga boleh cuba menggosok bahagian lipatan kulit anda dengan lemon. Selain itu, anda harus rajin ‘exfoliate’ untuk membuang sel kulit yang mati.
Selain itu, gejala pembuangan air kecil menitis anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- masalah mekanikal yang memerlukan koordinasi antara uretra dan otot pundi kencing bagi membolehkan air kencing dapat dikeluarkan. Masalah penyingkiran air kencing termasuk kesukaran memulakan proses membuang air kecil dan pengosongan pundi kencing.
- jangkitan salur kencing, menopause dan kehamilan.
- ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas.
- Tisu parut dari pembedahan atau trauma juga boleh menyebabkan masalah dengan aliran air kencing.
- Jangkitan saluran kencing atau sistem saraf
Sekiranya gejala ini masih berterusan anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.