
Sulit
4 tahun
Hilang nafsu pada isteri
Sy berumur 34 tahun , baru berkahwin selama 4 tahun lebih . dari awal perkahwinan kami , sy mempunyai masalah zakar sensetif iaitu tak tahan lama dan cepat pancut . Makin lama , hubungan intim sy dengan isteri menjadi semakin jarang . kadang² sebulan sekali . kadang² 3 ke 6 bulan sekali . sekarang , sudah setahun sy tak berhubungan badan dengan isteri . sy mengalami masalah hilang nafsu . kadang2 bila isteri cuba mulakan dahulu , zakar keras je macam biasa . tapi tak sampai 2 minit lepas tu tak naik dah . nafsu sy pun jadi hilang tiba2 . apa masalah sy doc ? adakah ini tanda2 mati pucuk ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu ejakulasi pramatang beserta zakar yang tidak tegang dengan lama.
Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Namun, anda harus tahu punca ejakulasi pramatang boleh berlaku seperti:
- Faktor Psikologi
- Pengalaman seksual yang awal
- Gangguan/deraan seksual
- Rasa rendah diri dengan imej badan
- Kemurungan
- Risau akan ejakulasi awal
- Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
- Faktor biologi
- Tahap hormon yang tidak normal
- Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
- Keradanagan atau jangkitan di urethra
Anda mungkin didiagnos dengan ejakulasi pramatang jika anda:
- Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
- Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
- Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis anda. Selain itu, disarankan untuk berhenti merokok jika anda seorang perokok.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah