
Sulit
4 tahun
HPV vaccine untuk yg telah berkahwin
Saya wanita berusia 27 tahun dan telah berkahwin. Saya telah mengalami jangkitan rahim dan doktor telah memberi ubat antibiotik untuk dihabiskan. Soalan saya, boleh ke saya nak ambil hpv vaccine selepas antibitic saya habis? Dan adakah saya perlu menangguhkan planning untuk dapatkan baby selama 3 dose vaccine ini.?

4 tahun
Selamat petang! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Pertama sekali, kami ingin memperkenalkan kepada anda tentang vaksin HPV.
Vaksin HPV merupakan sejenis vaksin yang digunakan untuk mencegah jangkitan HPV. Vaksinasi HPV biasanya diberi dengan cara suntikan. Secara amnya, vaksinasi HPV akan diberi dalam 3 dos untuk mencapai kesan yang terbaik untuk mencegah jangkitan HPV.
Dos kedua vaksin HPV biasanya diberi 2 bulan selepas dos pertama dan dos ketiga vaksin HPV akan diberi 4 bulan selepas dos kedua atau 6 bulan selepas dos pertama.
Kajian telah menunjukkan bahawa dos kedua dan ketiga vaksin HPV masih memberikan perlindungan yang berkesan terhadap jangkitan HPV walaupun pesakit telah lewat menerima suntikan HPV tersebut.
Jika anda seorang pelajar sekolah, anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan atau Klinik Nur Sejahtera LPPKN untuk mendapatkan dos kedua dan ketiga vaksin HPV.
Jika anda bukan lagi seorang pelajar sekolah, anda boleh mengunjungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN atau klinik swasta untuk mendapatkan vaksinasi tersebut.
Pastikan anda mendapatkan semua dos vaksin HPV secepat mungkin untuk memperoleh perlindungan yang terbaik dari jangkitan virus HPV.
Kedua, bagi mengetahui sama ada anda boleh mengambil vaksin HPV selepas memakan antibiotic, beberapa maklumat tambahan diperlukan bagi mengetahui adakah vaksin HPV itu selamat untuk anda ambil.
Ketiga, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar menggunakan link ini: https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor bagi mengetahui adakah anda perlu menangguhkan planning untuk mendapatkan zuriat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.