
Sulit
4 tahun
Kahak berdarah. Kahak berlendir dan berketul darah beku.kdg2 kahak cair berdarah
Sy wanita berumur 38thn. Sejak setahun yg lalu sy sering batuk berdarah.ada ms keluar kahak lendir,berketul dan berdarah merah pekat.ada ms darah cair berlendir.setahun lalu kekerapan cuma 3bulan sekali dlm smggu br hilang darah.tp sejak jun lps selang seminggu sy akan alami masalah ini.kalau dtg berkahak ni spjg hr 24 jam sy akan batuk dan keluarkan kahak berdarah. Kuantiti darah juga byk.Dada rasa panas. Sy telah jalani test tibi negatif pd jun 2020.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan.
Kami memahami kerisauan anda tentang gejala yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami batuk berdarah:
- Jangkitan paru-paru (bakteria, parasit)
- Kanser paru-paru
- COPD
- Tibi atau tuberkulosis
- Bendasing (foreign body)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami batuk berdarah. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Masih mengalami masalah batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ingin kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut:
- Demam
- Berat badan turun dan hilang selera makan
- Terdapat pertukaran dalam kualiti suara
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Aktiviti harian terganggu
Jika anda mempunya pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.