
Anonymous
5 tahun
Keburukan Onani Kepada Perempuan
Saya wanita dalam lingkungan umur 20 tahun . saya ingin bertanya kepada doktor, adakah ianya perkara biasa kalau saya kerap ingin melakukan onani pada alat sulit saya ? dan boleh ceritakan keburukan onani kepada perempuan kalau kerap melakukan onani

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Persoalan anda adalah mengenai kesan jangka panjang dan keburukan onani kepada wanita sekiranya dilakukan dengan kerap. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keinginan untuk melakukan masturbasi adalah normal untuk mendapatkan kepuasan seksual. Namun begitu, perkara ini menjadi abnormal ataupun masalah sekiranya aktiviti tersebut mengganggu anda secara mental dan menyebabkan gangguan terhadap aktiviti harian.
Walaupun masturbasi boleh mendatangkan kesan positif kepada badan, ia juga boleh mendatangkan kesan buruk atau negatif, seperti:
- Memerlukan stimulasi yang lebih tinggi untuk mencapai klimaks apabila bersama dengan pasangan
- Menyebabkan ketagihan dan menyebabkan gangguan kepada aktiviti harian anda
- Menimbulkan rasa bersalah, terutama selepas melakukannya
- Kecederaan kepada alat sulit sekiranya dilakukan dengan kasar
Sekiranya keinginan anda mengganggu fikiran anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau kaunselor untuk mendapatkan bantuan. Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor secara peribadi.