
Sulit
4 tahun
Kerap Kencing tetapi kuantiti air kencing sedikit
Salam doktor, saya wanita, dah berkahwin dan berumur 28 tahun. Last year saya buang ovary sebelah kiri. Semenjak kebelakangan ni saya kerap buang air kecil terutama pada waktu malam bkn pada waktu tidur. Selepas saya minum air 700ml, saya akan berulang alik ke tandas dlm 3-4kali selang 10-15min. Saya blh menahan kencing tapi saya rasa tidak selesa pada bahagian bawah terasa nyilu sedikit. Saya pernah berjumpa doctor, saya tidak mengalami kencing kotor. Result darah saya gula rendah bawah 3. Tetapi doktor kata tu okay memandang berat saya hanya 47kg. Adakah punca dari buang ovary menyebabkan saya mengalami masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, setiap minuman yang anda teguk akan masuk ke dalam saluran pencernaan, diserap ke dalam saluran darah kemudian ditapis di buah pinggang untuk masuk ke saluran kencing dan pundi kencing serta akhirnya keluar sebagai air kencing. Justeru, apabila seseorang mengeluhkan kerap kencing, masalah boleh berpunca dari mana-mana perjalanan air dalam tubuh diatas, seperti:
- Akibat minum air yang berlebihan
- Akibat minum minuman yang berkafein seperti teh dan kopi yang memberi signal kencing
- Akibat penggunaan ubat-ubatan yang mempercepatkan proses tapisan air
- Akibat hyperactive bladder iaitu apabila pundi kencing tidak mampu menahan kuantiti air kencing yang banyak
- Keradangan saluran kencing akibat jangkitan ataupun akibat batu karang
Memandangkan terdapat banyak penyakit yang berpotensi mendasari satu keluhan (kerap kencing), adalah digalakkan untuk anda merujuk ke doktor agar punca penyakit dapat dideteksi. Seandainya dibiarkan berterusan tanpa perawatan, dikhuatiri terjadi komplikasi yang tidak diingini seperti jangkitan sistemik (sehingga koma), kerosakan buah pinggang serta penyempitan saluran kencing.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.