Anonymous
5 tahun
Kerap membuang air kecil pada waktu malam
Saya berusia 21 tahun . Saya kerap membuang air kecil pada waktu malam sahaja lingkungan waktu hendak tidur lebih kurang jam 10 mLam dan keatas . Yang menjadi peliknya apabila sudah sedia untuk tidur waktu lain tiada masalah walaupun pada waktu malam . Kekerapan membuang air kecil selagi saya tidak tidur , selagi itulah terasa hendak membuang . Mengapa ye?
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca kerap kencing adalah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih