aindin53
5 tahun
Lambat haid 3 hari dan kencing kotor
Saya sudah brkhwin dan mpunyai 2 orang anak…tadi sayA ada p hospital untuk mmbuat ujian air kencing sama ada sya hamil atau x…sebab bhgian bwh ari2 saya x selesa…sakit pingg blkg dan kdg kala mual…apabila saya terima kputusan doktor ckp saya mgalami kencing kotor…saya x brpuas hati…lgipun ketika buang air kcil saya x merasa sakit…ada saya btul2 mglmi kncing kotor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
- Penyebab utama kencing kotor atau lebih dikenali dengan nama ‘urinary tract infection (UTI)’ialah jangkitan kuman pada tempat pengeluaran air kecil. Penyakit ini selalunya dialami oleh wanita.
- Hal ini kerana wanita mempunyai saluran air kencing yang pendek yang memudahkan pergerakan bakteria. Bukan sahaja ia pendek tetapi sangat berhampiran dengan tempat pembuangan air besar yang mempunyai pelbagai kuman di sana. Kuman yang paling kerap menjangkiti tempat buang air kecil ialah Escherichia coli (E.coli).
- Selain itu, kencing kotor juga boleh didapati melalui hubungan seks.Perkara ini lebih memberi kesan kepada golongan wanita daripada lelaki tetapi kekerapan meminum air dapat menghindari masalah ini.
- Terdapat juga beberapa masalah lain yang menjadi penyebab UTI ini seperti pesakit yang ada masalah batu karang atau masalah pundi kencing.
- Wanita mengandung juga haruslah berhati-hati kerana mudah mendapat kencing kotor ini. Hal ini kerana wanita semasa mengandung menghasilkan hormon yang mengakibatkan saluran buang air mereka menjadi besar.
- Selain itu, golongan lain adalah golongan yang sistem imun badannya lemah seperti pesakit HIV atau AIDS.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih