
Sulit
3 tahun
Luka pada bahagian puting
Saya remaja 15 tahun, dua hari lepas saya mengalami rasa sakit pada puting sebelah kiri kemudian puting menjadi gatal saya cuba untuk tidak menyentuh tetapi sangat gatal… saiznya menjadi sedikit besar berbanding yang sebelah kanan kadang kadang ia timbul walaupun saya tidak menyentuhnya dan itu membuatkan saya merasa ngilu dan sakit kulit di sekitar puting juga menggelupas sehingga luka dan mengeluarkan cairan berwarna kuning. Adakah ini serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah menggelupas, luka dan keluar cairan berwarna kuning daripada payudara. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman
- Gangguan endokrin
- Mammary duct ectasia
- Kesan pengambilan ubat tertentu
- Iritasi dari pemakain pakaian dalam
- Gangguan kulit yang lain
Memandangkan perkara ini menyakitkan anda, maka perlu dapatkan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh sebelum apa apa kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda menilai dengan lebih lanjut keadaan yang dialami sekarang.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.