Khaira

6 tahun

Mak saya penghidap kencing manis dan darah tinggi, kini pengelihatannya tidak sebaik dulu. Apakah sebabnya?

Salam doktor, mak saya berumur 56 tahun, dah telah menghidap darah tinggi dan kencing manis sejak 9 tahun. saya dan keluarga sentiasa memastikan mak makan ubat dan makan sihat. tetapi baru-baru ini mak mengadu penghilatan dia x sebaik dulu. adakan kesan ubatan? atau adakah normal sebab dah berumur?

Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan anda.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kemerosotan penglihatan pada umur ibu anda. Antara punca utama termasuk:

• Rabun jauh
• Katarak – kata mata menjadi legap dan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan silau. Pesakit kencing manis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap katarak mata.
• Diabetik retinopathy atau penyakit retina diabetik. Untuk pesakit kencing manis, bahagian retina dalam mata mereka mengalami penjejasan terutamanya kepada saluran darah di bawah retina. Hal ini akan menyebabkan perdarahan di dalam mata dan penjejasan retina yang seterusnya menyebabkan penjejasan penglihatan.
• Retina lekang atau retinal detachment – gejala termasuk floaters atau mata “nampak bentuk yang terapung” atau penglihatan macam ditutup oleh langsir dari atas. Risiko retina lekang adalah lebih tinggi dalam kalanan pesakit kencing manis.
• Age related macular degeneration – penglihatan di bahagian tengah hilang dan bentuk atau garis lurus akan nampak seperti bengkok.
• Glaucoma – tekanan berlebihan di dalam mata sehingga menjejaskan saraf mata
• Ubatan seperti ubat darah tinggi tidak akan menjejaskan penglihatan tetapi ubat darah tinggi mungkin menyebabkan tekanan darah yang terlalu rendah sehingga ibu anda berasa pitam atau pening. Penglihatan semasa pitam atau pening akan menjadi kabur.

Penglihatan kita akan merosot dengan umur yang meningkat tetapi kebanyakan punca penglihatan yang merosot pada umur yang meningkat boleh dirawat dengan berjayanya. Sebagai contoh, cermin mata boleh diberi untuk rabun jauh manakala pembedahan untuk menukar kanta boleh dijalankan untuk katarak mata. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa ibu anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa.

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Masalah penglihatan mak anda pada tahun 56 tahun boleh disebabkan oleh darah tinggi, kencing manis dan umur.

Bagi umur yang meningkat, masalah katarak merupakan punca yang paling biasa dalam masalah penglihatan. Katarak merupakan masalah lens dalam mata anda yang menjadi mendung. Jadi bagi seorang pesakit yang mempunyai katarak, penglihatan mereka adalah macam melihat daripada tingkap yang berkabus. Masalah katarak ini mengambil jangkan masa yang panjang bagi menjejaskan penglihatan anda. Sekiranya masalah penglihatan mak anda berlaku secara baru-baru ini, faktor yang lain juga perlu dipertimbangkan.

Bagi masalah darah tinggi dan kencing manis pula, risiko mendapat masalah penglihatan adalah bergantung kepada jangka masa mak anda menghidapi masalah ini. Sekiranya emak anda menghidapi darah tinggi dan diabetes mellitus selama beberapa tahun, maka dia mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang baru didapati mempunyai masalah ini.

Selain daripada jangka masa penghidapan kondisi ini, tahap pengawalan kedua-dua kondisi ini dengan pengambilan ubat dan gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan yang penting. Apabila darah tinggi dan kencing manis tidak dikawal dengan baik, saluran darah yang kecil dalam mata anda akan terjejas dan mengalami kerosakan. Simptomnya termasuk penglihatan yang merosot.

Oleh itu, berbincanglah tentang simptom ini dengan doktor anda untuk mendapat pemeriksaan daripada doktor pakar mata untuk menentukan sebab kemerosotan penglihatan. Semoga saya menjawab soalan anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)