Sulit
3 tahun
Masalah nafas berbau walau tiada masalah gigi
Sy ada masalah nafas berbau @ halitosis. Tapi bila pergi ke dentist untuk check gigi, doctor cakap gigi sy semua okay. Kadang bila telan air liur rasa macam lendir dalam tekak berbau. Kalau sy makan makanan yang tak pedas pun, akan keluar hingus jernih. Adakah masalah nafas berbau punca dari resdung ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah mulut berbau busuk atau halitosis boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang penjagaan kebersihan mulut
- Masalah gusi
- Gigi rosak
- Mulut kering
- Makan makanan yang kurang menyenangkan baunya
- Merokok
- Jangkitan dalam mulut
- Jangkitan sinus
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan paru-paru
Nasihat am yang boleh saya berikan ialah:
- Menjaga kebersihan mulut
- Kumur dengan pencuci mulut
- Berhenti merokok
- Elakkan makanan yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan
- Kunyah gegula getah yang mengandungi pudina
- Minum air dengan kerap untuk memastikan mulut tidak kering
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.