Sulit
4 tahun
Masalah mulut berbau
Assalamulaikum doktor. Sy ain, berumur 19 tahun. Sy nak bercerita berkenaan masaalah mulut berbau sy ini sejak dahulu lagi, tapi sy tidak tahu nak selesaikan mcm mana. sebaiknya sy cerita di sini.
Ok, sy ada masalah mulut berbau ini sudah agak lama sejak remaja lagi. Sy memang jaga kebersihan mulut saya dengan berus gigi 2 kali sehari malah lebih, jika sy rasa tidak selesa. Tetapi, sy dapati, setiap kali sy berus gigi, sy tak selesa seperti nafas sy ni masih lagi berbau. Sy pelik, mengapa lagi masih berbau walaupun sy sudah berus gigi? Dan nafas berbau ini berlanjutan sehari sehingga ke esoknya, dan seterusnya hari yg lain. Bermakna tak guna sy berus gigi tapi nafas ini masih berbau. Sy juga dapati, ketika sy makan makanan dan telan, seperti ada sesuatu di esofagus iaitu ruang saluran makanan sy ni, dia tak turun habis ,seperti melekat di dinding esofagus. Sy minum air , tetapi masih lagi sy rasa ada sesuatu di dinding esofagus tu. Sekaligus membuatkan saluran tu tak smooth, tak cuci, dan mulut tu selalu berbau, walaupon sy selalu berus gigi. Kadang kadang, dari dlm mulut sy ni dia keluarkan biji2 putih mcm org kata ‘taik gigi’ tu. Sy sgt yakin bahawa sy ada masalah dari dalam, kerana sy mmg jaga kebersihan mulut sy dengan memberus gigi selalu. Sy sangat malu dgn org ketika bercakap. Sy dah tiada keyakinan diri. Doktor, tolonglah bantu sy ni. Apa yg saya perlu buat?? Sy sudah tidak mahu perasaan mcm ni ada dlm diri sy. Self confidence sy hilang. Bantulah sy doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah mulut berbau jga boleh disebabkan oleh masalah dari dalam perut, namun begitu bagi membuat kesimpulan tentang punca masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.