Sulit
4 tahun
Ketulan kecik yang keluar dari mulut dan berbau
Saya mengalami eksiden yang beberapa kali berlaku tanpa saya sedari. Ada ketulan kecil berwarna kining cair yang keluar dari mulut dan ia berbau sangat busuk.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun kami sukar untuk mengulas berkenaan dengan permasalahan anda kerana terdapat banyak perkara yang perlu untuk diselidik bagi mendapatkan jawapan yang tepat. Secara amnya, ketulan berbau pada mulut boleh berpunca daripada perkara berikut:
- Mulut kering
- Plak pada gigi
- Merokok
- Jangkitan dalam mulut
Anda disarankan:
- Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut kering
- Berhenti merokok kerana perkara ini menyumbang kepada mulut berbau dan menjejaskan kesihatan
- Menggosok lidah lebih-lebih lagi jika lidah anda keputihan
- Menggunakan pencuci mulut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.