Sulit
3 tahun
Nafas ada bau terbakar
Saya lelaki umut 69 tahun. Sejak tiga hari lepas saya rasa bila bernafas macam ada bau terbakar sedangkan saya tidak berada dekat kebakaran bah dalam bikik berhawa dingin. Dalam sehari berlaku 4/5 kali setiap kali dalam 10 minit kadang2 Lama lagi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Antara penyebabnya boleh dikaitkan dengan:
- Mulut kering
- Plak pada gigi
- Merokok
- Jangkitan pada kawasan mulut/sinus/rahang
*tonsilitis
*rhinosinusitis
Anda disarankan:
- Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut kering
- Berhenti merokok kerana perkara ini menyumbang kepada mulut berbau dan menjejaskan kesihatan
- Menggosok lidah lebih-lebih lagi jika lidah anda keputihan
- Menggunakan pencuci mulut
- Berjumpa doktor sekiranya gejala berterusan atau menggangu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).