Sulit
3 tahun
Menghadapi masalah bau nafas yang agak teruk
sy mempunyai masalah bau nafas yang busuk serta hidung. Sy tgk sebelah tonsil tu agak besar ,dan masalah kurang air liur yang agak ketara bagaimana kah cara untuk hilangkan bau nfs
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Antara penyebabnya boleh dikaitkan dengan:
- Mulut kering
- Plak pada gigi
- Merokok
- Jangkitan pada kawasan mulut/sinus/rahang
*tonsilitis
*rhinosinusitis
Anda disarankan:
- Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut kering
- Berhenti merokok kerana perkara ini menyumbang kepada mulut berbau dan menjejaskan kesihatan
- Menggosok lidah lebih-lebih lagi jika lidah anda keputihan
- Menggunakan pencuci mulut
- Berjumpa doktor sekiranya gejala berterusan atau menggangu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).